SRAR/SMA AT TA'ALIM
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hatiMengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Kemudian Baca Ayat di Bawah (Surah al-Hasyr ayat 21-24):
Kemudian Baca ayat 1-5 Surah Taha
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah


"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

Kemudian tiupkan ke air ...

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* Niat nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din
SRAR/SMA AT TA'ALIM

Sabda Rasulullah S.a.w: “ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat”.


Ilmu di dalam bahasa arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara sebenar.

Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk; makrifat; ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat; dan ilmu juga adalah proses mengetahui , orang yang mengetahui dan apa yang diketahui; dan ilmu juga adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

Firman Allah:

“(Petunjuk itu) sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul dari golonganmu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari sifat syirik dan lain-lain kelakuan jahat), mengajarkan kepadamu (isi) kitab (Al-Quranul Karim) dan hikmah, serta mengajarkan kepadamu hal-hal yang belum kamu ketahui” (Al-Baqarah: 151)

Bagaimanakah kita memperolehi ilmu?

Sumber ilmu adalah akal, pancaindera dan ilham. Sumber-sumber ini hendaklah dijaga dengan baik agar kita dapat memperolehi ilmu yang berfaedah, berkat dan diredhai Allah. Janganlah pula sumber-sumber ini digunakan untuk mencari ilmu yang jahat, tidak berfaedah dan menyusahkan orang lain.

Bertanya juga ialah anak kunci kepada ilmu.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.a.w bersabda: “ Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala.Maka sesungguhnya dari pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.

Sesungguhnya orang yang berilmu mempunyai banyak kelebihan. Diantaranya ialah pahala yang berterusan.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda : “Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manfaat. Ketiga doa anak yang soleh yang mendoakan baginya”. (Hadith riwayat Muslim)

Allah juga berfirman:
“Allah memberikan hikmah (ilmu yang bermanfaat) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Siapa yang memperoleh hikmah itu, sesungguhnya telah memperolehi kebajikan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang mengendahkan peringatan”. (Al-Baqarah : 269)

Apabila kita memperolehi ilmu, kita hendaklah mengajarkannya pula kepada orang lain. Ini kerana mengajar itu sedekah yang paling baik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah S.a.w telah bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim belajar sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada muslim yang lain”.
(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain”. (Sahih Muslim)

Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Daripada Wasilah bin Asqoq r.a. berkata: bersabda Rasulullah S.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu lalu ia mendapatkanya maka baginya dua pahala. Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi tidak mendapatkannya maka baginya dapat satu pahala”. (Hadith riwayat Al-Darami)

Orang yang berilmu juga mempunyai banyak kelebihan dan kehebatan.
Sabda Rasulullah S.a.w: “ Seseorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu abid (yang tidak alim)”. (Hadith riwayat At-Tarmizi, ibn Majah)

Orang yang alim juga hidupnya berkat. Dia sentiasa mencari pengetahuan dan mengajarkannya pula kepada orang lain.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w: “Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manfaat kepada orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)”.

Rasulullah S.a.w bersabda: “Sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun sepotong ayat”.
Segala ilmu berfaedah yang diperolehi hendaklah disampaikan kepada orang lain, agar kita sama-sama mendapat keberkatan dan rahmatnya.

Namun begitu, kita juga hendaklah berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu ilmu. Kita dituntut menyampaikan ilmu yang berfaedah dan orang lain dapat memanfaatkan ilmu itu dengan sebaiknya. Janganlah pula kita menyampaikan ilmu yang boleh menghancurkan dan memusnahkan orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku telah ingat daripada Rasulullah S.a.w. dua jenis ilmu. Adapun yang pertama telah aku sebarkan kepada kamu semua (para Tabi’in. adapun yang satu lagi seandainya aku sampaikan kepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini”

Bagaimanakah kita hendak memelihara ilmu?

Peliharalah ilmu dengan menulisnya. Ini kerana apabila kita menulis, kita dapat membacanya, dan orang lain juga memperoleh faedah daripada tulisan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada RAsulullah S.a.w. Dia berkata: wahai Rasulullah! Aku sesungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menghafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi S.a.w : “Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu”. Sambil mengisyaratkan hendaklah dia menulis apa yang dia dengarkan.

Lebih banyak kita menulis, lebih luas ilmu yang kita dapat.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : “Tidak ada dari keseluruhan sahabat Rasulullah S.a.w yang paling banyak meriwayatkan hadith lebih daripada aku, kecuali Abdullah bin Umar, maka dia lebih banyak daripada aku, kerana dia menulis dan aku tidak menulis”.

Sesungguhnya setiap kali kita menuntut ilmu, kita akan mendapat berkat. Kita digalakkan menuntut ilmu tanpa mengira usia. Biasakanlah diri kita menghadiri kuliah ilmu samada secara formal atau tidak formal.

Begitulah banyaknya kelebihan ilmu. Oleh itu kita dituntut untuk mencari ilmu sebagai keperluan di dunia dan menjamin kita di akhirat. Janganlah pula kita mencari ilmu yang boleh menyusahkan orang lain.

Sebaik-baik adab mencari ilmu, kita hendaklah berguru. Guru tersebut mestilah alim dan mursyid. Janganlah kita mencari guru yang salah tafsiranya terhadap ilmu tersebut. Dan guru tersebut hendaklah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulNya".

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkara tersebut. Beliau menjawab:"Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaedah syar’iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.

Untuk renungan :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.
-Riwayat at-Tirmidzi-

(Dipetik dari blog ibnu Muslim)

SRAR/SMA AT TA'ALIM

KELEBIHAN BERWAKAF

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah yang bermaksud :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis :

"اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلَهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ."

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )


HIKMAH BERWAKAF

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian asset umat islam di Negara ini khususnya.
SRAR/SMA AT TA'ALIM

Menyambut ulangtahun keputeraan baginda rasul saw. tidak sama sebagaimana kita menyambut ulangtahun keputeraan tokoh – tokoh dunia yang lain yang hanya berlegar di sekitar majlis upacara dan keraian. Sambutan Ulang tahun keputeraan Nabi saw. adalah sangat penting bagi kita ummat Islam akhir zaman. (sekalipun ianya tidak pernah dianjurkan oleh baginda dan para sahabat rhm.)

Justeru sambutan ini berfungsi untuk mengingat dan menginsafkan ummah terhadap beberapa perkara

Kesyukuran terhadap perutusan rasul saw. yang menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya hidayah.

• Penyataan bersama bahawa kita seluruh ummat Islam bersedia dan sanggup untuk melaksanakan syariat dan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda.

• Ikrar dan janji setia, bahawa kita akan menyambung risalah dan perjuangan baginda rasul saw.

• Mengambil qudwah dan iktibar dari keperibadian dan sirah (perjalanan hidup) baginda rasul saw.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" Surah Al Ahzaab. Ayat : 21

Sebarang sambutan ulangtahun keputeraan baginda Rasul saw. yang tidak berasaskan perkara – perkara di atas, malah dicampur aduk pula dengan permainan dan hiburan kononnya di atas alasan untuk memeriahkan sambutan maulud, maka ianya bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal sambutan, tetapi ianya dilarang oleh agama.

Latar belakang ummah disaat sambutan Maulidun Nabi saw.

Perlu disedari bahawa kita menyambut ulangtahun keputeraan baginda rasul saw. pada tahun ini, disaat ummat Islam menerima tekanan dan penghinaan yang sangat hebat dari segenap arah. Samaada dari konspirasi barat dan golongan musyrikin malah juga dari golongan mereka yang mengaku beragama Islam tetapi keliru dan bersikap biadab terhadap agama yang mereka anut sendiri.

Suasana ini memaksa kita, tidak sekadar kita menyambut keputeraan Nabi saw. dengan alunan selawat salam dan perarakan marhaban, tetapi menyambutnya dengan menggerakkan dhomir (sanubari) kita dan ummah seluruhnya, supaya bangun BERJUANG membersihkan kembali maruah ummat Islam yang tercalar dan mengangkat kembali martabat ummah yang dihina.

Kembali kepangkuan sunnah

Tiada siapa yang mampu menafikan, bahawa zaman Rasulullah saw. adalah zaman kegemilangan Islam dan kita tentunya juga mendambakan kegemilangan tersebut. Justeru itu, suka atau pun tidak, kita terpaksa kembali menilai formula dan kaedah baginda rasul saw. membentuk kegemilangan.

Sebelum itu, kita sewajarnya memahami erti kegemilangan.

Dunia yang penuh dengan bangunan mencakar langit, peralatan yang serba moden dan canggih, tetapi manusia yang menghuni bangunan pencakar langit dan mengguna peralatan canggih adalah :

1. Manusia yang yang tidak beriman kepada akhirat sehingga tidak kenal dosa dan pahala, syurga dan neraka. Mereka sanggup buat apa saja untuk kepuasan nafsu serakah mereka .
2. Manusia yang rosak moral dan akhlak.
3. Manusia yang berperi kebinatangan, hanya mementingkan diri dan pengaruh, tidak bersimpati terhadap mangsanya demi kuasa.
4. Manusia yang merosakkan tamaddun dan masa depan hanya kerana didorong angan – angan dunia yang penuh dengan tipu daya.

Sementara yang hidup dicelah – celah bangunan dan alat canggih itu pula ialah :

1. Manusia sampah masyarakat yang terdiri dari penagih dadah dan pelacur.
2. Manusia yang yang tidak mempunyai matlamat hidup dan pedoman yang jelas, sehingga maksiat semakin menjadi – jadi.
3. Remaja yang tiada pembimbing dan tersisih dari kasih sayang keluarga yang sibuk memburu dunia.

Apakah ini suatu kegemilangan ?

Itu bukan kegemilangan ….itu adalah kesesatan yang di make – up dengan kemodenan lantas dianggap up to date.

Nabi saw. pernah bersabda :

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابُ اللهِ وَ سُنَّتِيْ

Maksudnya :
Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat buat selama – lamanya jika kamu berpegang teguh dengan kitab Allah (al quran) dan sunnahku.

Formula dan kaedah Nabi saw.

Sekurang – kurangnya 4 rampaian siri perjuangan nabi saw. membina kegemilangan ummah yang mendapat keredhAan daripada Allah swt.

  1. Mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada toghut.
  2. Menjulang dan menobatkan agama Allah sehingga mengatasi segala agama dan ideology ciptaan manusia.
  3. Menegakkan agama dan mentadbir dunia berdasarkan agama
  4. Perangilah mereka (musuh) sehingga tiada lagi fitnah (kekufuran)

Melaksanakan 4 rampaian ini memerlukan

  • Keyakinan
  • Keberanian
  • Kesungguhan
  • Kebijaksanaan

Untuk melaksanakan Islam dan mengikut sunnah, kita tidak boleh ikut barat atau orang yang tidak mengerti mengenai agama.

1) Firman Allah swt :
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) Surah Al Jaathiyyah. Ayat 18
2) Firman Allah swt:
Dan jangan kamu mengikut kehendak hawa nafsu kerana kelak disesatkan kamu dari jalan Allah swt. Surah Sad. Ayat : 26
3) Laksanakan Islam ikut sunnah… Ikut rasul saw.
4) Pelaksanaan Syariat dan Ketuanan Islam.

Seperkara yang perlu difahami, bahawa kelahiran Rasulullah saw. adalah membawa agenda untuk meruntuhkan jahiliyyah dan mendaulatkan Islam di atas runtuhan jahiliyyah tersebut.

Prinsip ini juga mestilah menjadi prinsip kita sebagai seorang muslim. Meruntuhkan jahiliyyah dan membina Islam di atas runtuhan Jahiliyyah tersebut. Bukan meruntuhkan jahiliyyah kuno kemudian membina jahiliyyah moden.

Rasulullah saw. mengambil masa 23 tahun untuk menumbangkan jahiliyyah dengan membentuk program :

• Bina aqidah, akhlak dan ibadah (dalaman)
• Membentuk pendakwah untuk dihantar ke segenap ceruk rantau
• Menyediakan plan operasi untuk bina Daulah Islamiyyah.

Ramai ummat Islam sekarang lupa persoalan ini (Dakwah dan Daulah) ketika menyambut ulangtahun keputeraan Rasul saw. Dakwah dan Daulah 2 kerja besar baginda Rasul saw.

Oleh Ahmad Yusuf, Kaherah
http://www.shura-asia.org/shura

SRAR/SMA AT TA'ALIM
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Dari Abi Musa, dari Rasulullah SAW, sabdanya:

"Perumpamaan hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan pengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).

Yang demikian itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah (tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat daripada apa yang diberikan oleh Allah kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku".

(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)

sabda Nabi SAW.:

Ertinya. Barangsiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama.

(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)

Mari kita renung sejenak tentang Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa jahiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.

Apakah rahsianya Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA boleh mencapai tahap tersebut?

Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh fiddin.

Sungguh banyak I’tibar (pengajaran) yang dapat kita ambil daripada kisah beliau.
Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau merubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau hijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil.

Mukmin yang tafaqquh fiddin memang lebih ditakuti oleh syaitan dibandingkan dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang selok belok agama.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW.:


Ertinya: Seorang Faqih (orang yang tafaqquh fiddin) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat).

(H. Tarmidzi, Ibnu Majaah dan Al Baihaqy)

Omar Ibnu Al Khattab RA berkata:

Ertinya: Kematian seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah lebih ringan daripada kematian seorang yang berakal lagi memahami tentang hukum Allah, halalnya dan haramnya.


Daripada Saidina Ali Bin Abi Talib RA, bahawa Nabi saw bersabda:

Mahukan, kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat: baiklah. Sabda Nabi: Iaitu :
1) orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan
2) dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan
3) dia tidak benci kepada Al Quran.

Ketahuilah olehmu :
Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh, dan
tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan
tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al Quran tanpa tadabbur (penghayatan).

(Dari Saidina Ali).





SRAR/SMA AT TA'ALIM




























































































































Sumber:Hj Fawi