SRAR/SMA AT TA'ALIM
Wahai Ali !
  • Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
  • Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
  • Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya
  • Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya
  • Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedeqahnya
  • Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya
  • Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya
  • Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya

Daripada Saidina Ali Bin Abi Talib RA, bahawa Nabi saw bersabda:

Mahukan, kamu aku khabarkan tentang orang yang paling faqih. Jawab para sahabat: baiklah. Sabda Nabi: Iaitu orang yang:
  • tidak suka membuat manusia putus asa akan rahmat Allah, dan
  • dia tidak menenteramkan manusia daripada pembalasan Allah, dan
  • dia tidak benci kepada Al Quran.

Ketahuilah olehmu :
  • Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh, dan
  • tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan
  • tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al Quran tanpa tadabbur (penghayatan).



SRAR/SMA AT TA'ALIM

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

العلم علمان :

فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم

` Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah
(untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.’

Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib

Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :

`Ilmu yang memberi manfaat itu ialah :

1) Ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala;

2) Ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu;

3) Ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya;

4) Ilmu yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia;

5) Ilmu yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat;

6) Ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya;

7) Ilmu yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya.

( Bidayatul Hidayah )

SRAR/SMA AT TA'ALIM
ENROLMEN 2010

GURU (SERI & SEMI)
43 ORANG
(LELAKI 9 , PEREMPUAN 34)


MURID SERI
774 ORANG
23 KELAS (TAHUN 1 - 6)

PELAJAR SEMI
79 ORANG
3 KELAS (TING. 1-3)
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Hijrah seharusnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredhai Allah. Hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Di antara ciri-ciri kemenangan yang perlu ada pada diri kita sebagai seorang Islam menerusi penghayatan hijrah ialah

1. Seorang yang beriman kepada Allah dan taat serta patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya

2. Orang yang beriman dengan Rasullullah s.a.w., memuliakannya, menolong dan membelanya, dan mengikuti cahaya kebenaran yang diturunkan oleh Allah melaluinya.

3. Orang yang sentiasa membersihkan jiwanya.

4. Orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

5. Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya.

6. Orang yang bertaqwa, bertaubat, dan sering mengingati Allah.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Kepada Semua Lepasan Pelajar Semi dan Seri At-Taalim...
Perkhemahan Tahunan Persatuan Bekas Pelajar Akan Diadakan Pada 25hb - 27hb.
Bertempat Di Batu Kurau ( Lata Spenish).
Untuk menyertai perkhemahan ini, sila dapatkan borang kepada Jawatankuasa persatuan atau di pejabat sekolah.
Sebarang maklumat boleh menghubungi pejabat sekolah antara jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh hari.
Harap Maklum.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya".
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang".
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari".
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan".
Semua itu benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang".
Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA"
Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
SRAR/SMA AT TA'ALIM

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati