اللُّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
Maksud : Ya Allah aku memohon perlindungan denganMu daripada ditimpa malapetaka yang teruk, dirundung malang, ketentuan yang buruk dan celaan para musuh. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim )
Begitu indah susunan perkataan Nabi saw ini. Doa ma'thur ini amat sesuai sekiranya kita amalkan setiap masa memandangkan kita sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan sama ada musibah dalam kerjaya, keluarga, harta dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kita dirundung kesedihan. Doa ini akan menjadi benteng dan pemangkin kepada jiwa kita agar tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Di sini dinyatakan beberapa huraian para ulama berkaitan lafaz doa tersebut.
جهد البلاء ( malapetaka yang teruk ) :
Setiap perkara yang berat dan membebankan seseorang iaitu musibah yang tidak mampu ditanggung atau untuk mengatasinya. Saidina Umar ra pernah ditanya mengenai ‘ jahd al-bala’ dia menjawab: ia bermaksud kekurangan harta dan papa kedana.
درك الشقاء ( dirundung malang ) :
Syaqa’ lawan bagi ‘sa’aadah’ iaitu kebahagiaan yang membawa kepada amal soleh. Oleh itu syaqa’ boleh membawa kepada amal yang jahat. Doa ini merangkumi perlindungan agar kita tidak terjebak melakukan amalan yang boleh mencelakakan kita.
سوء القضاء ( ketentuan yang buruk ) :
Umum merangkumi jiwa, harta, keluarga, kesudahan hidup, dan alam akhirat. Ia juga merangkumi dua makna : menghukum dengan cara yang tidak adil atau Allah menentukan ketentuan yang buruk. Manusia boleh jadi akan menghukum sesuatu perkara mengikut hawa nafsu dan tidak berhati-hati semasa menjatuhkan hukuman.
شماتة الاعداء( celaan para musuh ) :
pihak musuh bergembira dengan musibah yang menimpa diri kita.
Oleh yang demikian Rasulullah saw menyuruh kita agar sentiasa memohon perlindungan daripada empat perkara yang membebankan ini dan kita sepatutnya mencontohi amalan mulia junjungan kita ini.
Rujukan :
Fath al-Bariy Ibn Hajar
Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari
Syarah Riyad al-Solihin Ibn Uthaimin
Help Muslims in needs by searching on Al-Islam !!
Al-Islam-Search is on a mission to help Muslims.When you search the Web on Al-Islam-Search, a portion of revenue generated will be donated to Muslims.The more you search, the more you can help us rescue Muslims and reach our ultimate goal of raising $1 million by the end of 2009.No cost to you. Just use Al-Islam-Search like you use Google,Yahoo or any other search engines.
Please visit us at http://Al-Islam-Search.com