SRAR/SMA AT TA'ALIM
Hijrah seharusnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredhai Allah. Hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Di antara ciri-ciri kemenangan yang perlu ada pada diri kita sebagai seorang Islam menerusi penghayatan hijrah ialah

1. Seorang yang beriman kepada Allah dan taat serta patuh kepada segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya

2. Orang yang beriman dengan Rasullullah s.a.w., memuliakannya, menolong dan membelanya, dan mengikuti cahaya kebenaran yang diturunkan oleh Allah melaluinya.

3. Orang yang sentiasa membersihkan jiwanya.

4. Orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

5. Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya.

6. Orang yang bertaqwa, bertaubat, dan sering mengingati Allah.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Kepada Semua Lepasan Pelajar Semi dan Seri At-Taalim...
Perkhemahan Tahunan Persatuan Bekas Pelajar Akan Diadakan Pada 25hb - 27hb.
Bertempat Di Batu Kurau ( Lata Spenish).
Untuk menyertai perkhemahan ini, sila dapatkan borang kepada Jawatankuasa persatuan atau di pejabat sekolah.
Sebarang maklumat boleh menghubungi pejabat sekolah antara jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh hari.
Harap Maklum.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya".
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang".
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari".
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan".
Semua itu benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang".
Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA"
Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
SRAR/SMA AT TA'ALIM

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Sumber daripada :-
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Pihak sekolah telah mengadakan lawatan dan perkhemahan kepada pelajar tahun 6 pada 15 hingga 15hb Oktober baru-baru ini. Lawatan ke Kota Ngah Ibrahim di Matang untuk menganelkan kepada murid mengenai sejarah Bijih Timah dan seumpamanya sebagai persediaan untuk ke sekolah menengah.....
Perkhemah pula di Kem Pulara, Pecah Batu Trong... Tidur semalam sahaja..


Ni gambar diorang tengah menggoreng cucur bawang...

untuk makan petang....



nie.... kalau x masak... alamat lapar la...



nie kolamyang ada kat atas dri tempat berkhemah.... singgah kejap balik dri naik bukit..

nak mandi x bole la... sbb dalam...



nie kira saat paling gembira ler nie...

dapat mandi...


dapat mandi... x makan pun takpe.....

nie le rupa chalet tempat diorang tido...

bole muat sampai 7 ke 8 org...

jadi ler..... kalau nk sedap tido kt hotel ler...

SRAR/SMA AT TA'ALIM
1. Didik anak-anak kita mengenali Allah.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita suasana Islami (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan itu ialah selalu membaca al-Quran di rumah, membiasakan solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.
SRAR/SMA AT TA'ALIM



Apa agaknya beza 2 istilah ini?


Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya!



Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.



Orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik.

Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

SRAR/SMA AT TA'ALIM
Assalamualaikum....
Pihak sekolah mengucapkan Takziah kepada Anas Al-Kautsar serta semua ahli keluarga diatas kembalinya Bondanya... (Ustazah Khazinah) ke Rahmatullah.
Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang2 yang dirahmati... amin... Pihak sekolah tidak akan melupakan segala jasa da pengorbanan Ustzah Khazinah kepada sekolah yang telah disumbangkan.....
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Kepada semua yang melayari blog ini.. terima kasih diucapkan... sila berikan sebarang pendapat dan komen yang boleh memajukan lagi blog ini... sesape yang nk lihat gambar2 koleksi aktiviti pelajar tahun 6 selepas UPSR nie.. ble klik kat atas nun... bahagian galeri gambar.... Terima Kasih.....................
SRAR/SMA AT TA'ALIM
1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik. Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Oleh: Dr Abdul Basit Abd Rahman


HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairah berkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.


Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud:


"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)


Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang.
Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)

Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:
"Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini:
"Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."

Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.

Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.

Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan sebanyak enam hari berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan Syawal.

Para ulama berselisih pendapat mengenai masa mengerjakan puasa enam ini. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara terus menerus selepas Hari Raya iaitu mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Sebahagian ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Akan tetapi mengerjakannya berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afhdal.

Soalnya sekarang bolehkah seseorang itu berpuasa enam jika puasa Ramadhannya tidak dikerjakan sebulan penuh ? Sebelum menjawab persoalan itu, elok diperhatikan dulu anjuran untuk enam itu.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, itulah puasa sepanjang masa".(Hadis riwayat Muslim)

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis :

Maksudnya : "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan ) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun."(Hadis riwayat ad-Darimi)

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal diibaratkan kita berpuasa sepanjang masa kerana setiap kebajikan dibalas sepuluh kali ganda. Oleh itu, puasa Ramadhan sebanyak 29 atau 30 hari disamakan dengan 300 hari atau sepuluh bulan puasa, dan puasa enam disamakan dengan 60 hari atau dua bulan puasa. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahal seperti pahala yang didapatinya daripada puasa fardhu, jadi pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Puasa Enam

Puasa enam dalam bulan Syawal itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh. Begitu juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak dapat mengerjakannya sebulan penuh disebabkan sesuatu keuzuran syara’. Akan tetapi ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahalanya berlainan dengan ganjaran pahala orang yang dapat mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadhan penuh.

Namun begitu, adalah haram mengerjakan puasa enam bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan senghaja, kerana puasa Ramadhan yang ditinggalkannya itu wajib diqadhanya dengan seberapa segera.

Adapun bagi orang yang mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, maka dia mendapat pahala puasa sunat enam. Ini adalah pendapat yang zahir bagi Imam al-Khatib as-Syarbini.

Pendapat yang lain menyatakann bahawa jika dia mengerjakan puasa qadha pada bulan Syawal, dia tidak mendapat pahala puasa enam, dan hendaklah dia mengqadha puasa enam itu pada bulan Zulkaedah jika bulan Syawal sudah selesai.

Puasa enam bolehlah diumpamakan sebagai sembahyang sunat rawatib yang kita kerjakan selepas sembahyang fardhu untuk menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang terdapat sewaktu mengerjakan sembahyang fardhu kerana kekurangan dalam amalan fardhu dapat ditutup atau ditampal dengan amalan sunat pada hari kiamat.

Oleh itu rebutlah peluang yang ada ini demi menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan yang kita kerjakan disamping kita mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri.

Menziarahi kubur

Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal tetapi akan menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persiapan menjelang kemtian. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.

Persiapan menyambut Raya

Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan dan kemenangan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri.

Rasulullah (saw) bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain.
Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga tiada sebab umat Islam perlu berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud:
"Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Persiapan menjelang 1 Syawal

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir – memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa.

Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang.Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solah taubat dan solat witir.

Persiapan pagi Raya

Pada pagi 1 Syawal, disunatkan mandi sunat Aidilfitri, menjamah juadah sebelum pergi ke masjid atau surau, sebagai merasmikan akhir berpuasa. Kenakanlah pakaian serba bersih dan bagi yang lelaki, pakailah sedikit harum-haruman.

Disunatkan juga bagi wanita-wanita dan kanak-kanak untuk ke masjid atau surau beramai-ramai, untuk menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam. Para gadis dan wanita keluarlah ke masjid atau surau dengan tidak bersolek, berwangi-wangian atau berhias-hiasan yang keterlaluan. Memadai pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Diriwayatkan dari Ummu Atiah bahawa Rasulullah (saw) membawa keluar anak-anak gadis, dewasa dan orang-orang yang tua dan perempuan-perempuan yang uzur pada solat hari raya. Perempuan-perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika tiada tudung, lalu jawab Rasulullah, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.”

Tempoh akhir membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan, kerana selepas solat Aidilfitri adalah waktu makruh menunaikan zakat fitrah, dan ia dikira sebagai sedekah biasa sahaja, sepertimana hadis Rasulullah:

"Rasulullah (saw) telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan sebagai membersihkan ibadat orang yang berpuasa daripada perkataan-perkataan yang sia-sia dan kotor, dan untuk memberi makan golongan miskin. Barangsiapa menunaikannya sebelum solat (sunat Aidilfitri)), maka ia sebagai zakat yang diterima, tetapi sesiapa yang menunaikannya sesudah didirikan solat Hari Raya, maka ia merupakan sedekah". – (Riwayat Abu Daud)

Bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka

Acara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim.

Firman Allah bermaksud:
"Takutilah Allah yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.” – (Surah An-Nisa': 1)

Ziarahilah ibubapa di pagi Aidilfitri. Pohonlah keampunan dan ucapkan doa-doa kepada mereka. Jika ada yang telah memutus atau merenggangkan hubungan dengan ibubapa, bertaubatlah dan kembalilah kepada mereka. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa.

Isteri hendaklah memohon ampun kepada suami, suami kepada isteri, anak-anak kepada ibubapa. Tidak kurang pentingnya merapatkan hubungan antara adik-beradik dan saudara mara, bukan sahaja yang muda menghormati yang tua tetapi juga yang tua mesti menghormati yang muda.

Seterusnya mesrakan hubungan dengan sahabat handai, rakan sekerja, jiran-tetangga dan seterusnya masyarakat setempat dan pemimpin. Adakan atau kunjungilah rumah terbuka untuk menikmati anugerah rezeki, beramah mesra dan mempereratkan hubungan serta persefahaman. Saling hormat-menghormati dan bermaaf-maafan membentuk keharmonian dan menjauhkan perasaan-perasaan tidak baik di antara sesama manusia.
Menjaga tatatertib dan batasan pergaulan

Dalam pada kunjung-mengunjung dan bersalam-salaman, sentiasalah menjaga batas-batas pergaulan, pandangan dan percakapan.

Menyambut Aidilfitri dengan keraian yang melampaui batasan bukan budaya Islam mahupun budaya timur. Pergaulan bebas, berhibur berlebihan, percampuaran bebas lelaki dan wanita dan pesta maksiat bukan sesuatu yang disuruh malah sangat ditegah dalam Islam. Begitu juga menjamu selera hingga membazir dan mendatangkan mudarat, berseronok atau bermalas-malasan, tentunya tidak disukai agama. Islam membenarkan hiburan, tetapi hiburan yang sederhana.

Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir.

Tempoh berhari Raya

Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan. Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.

Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud:
“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”

Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan direstui Allah, dan tidak tercemar oleh keghairahan kita menyambut Syawal.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
UNTUK RENUNGAN BERSAMA…
Dari Ibnu Umar ra, ada beberapa orang sahabat Nabi Saw yang bermimpi bahwa Lailaitul Qadar akan datang pada pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda: “Aku juga melihat ru’yah kalian pada tujuh malam terakhir bulan tersebut. Maka barang siapa yang menginginkannya, dapatkanlah malam tersebut pada tujuh malam terakhir”Lailatul Qadar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam, karena malam tersebut diakui sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada malam tersebut turunlah para malaikat (termasuk malaikat Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam tersebut akan penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.Seperti halnya kematian, malam Lailatul Qadar juga dirahasikan keberadaannya oleh Allah supaya manusia mempergunakan seluruh waktunya untuk beribadah dan mengingatnya dengan tetap mawas diri setiap saat, selalu berbuat kebaikan dan taat kepada Tuhannya.“Aku juga melihat Lailatul Qadar dalam mimpi seperti kalian yaitu pada tujuh malam terakhir” (dengan mempergunakan kalimat Tawaata’a). Hadis ini bersinggungan dengan sebuah hadis yang berbunyi: “Seseorang telah melihat malam Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi bersabda: “Dapatkanlah malam mulia itu, pada tujuh malam terakhir” (Dengan mempergunakan kata Ra’a). Riwayat Muslim menyatakan bahwa Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedang riwayat Bukhari ada yang melihat jatuh pada malam ketujuh dan ada yang melihat sepuluh terakhir.

Karena perbedaan kalimat pada kedua hadis tersebut (dalam riwayat Muslim mempergunakan kalimat Tawata’a sedangkan riwayat Bukhori tidak mempergunakan kalimat tersebut), timbullah perbedaan pendapat di antara para ulama dalam menentukan datangnya malam Lailatul Qadar, ada yang mengatakan pada tujuh malam terakhir dan ada juga yang mengatakan sepuluh malam terakhir. Padahal secara tidak langsung bilangan tujuh masuk ke dalam sepuluh, maka Rasulullah pun menentukan bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir, karena makna Tawaata’a pada hadis yang diriwayatkan Muslim berarti Tawaafuq (sesuai atau sama).

Sebagian ulama berpendapat bahwa yang dimaksud dengan tujuh di sini adalah tujuh malam terakhir bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ali ra, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seandainya kalian kehilangan hari-hari sebelumnya maka jangan sampai kalian melewatkan malam-malam terakhir bulan tersebut”

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah Saw bersabda: “Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, apabila kalian merasa lemah atau tidak mampu melaluinya maka jangan sampai kalian kehilangan tujuh malam berikutnya” Dari berbagai versi hadis yang ada, telah terbukti bahwa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

Sebagian ulama berpendapat bahwa Lailatul Qadar jatuh pada malam dua puluh dua dan paling akhir jatuh pada malam dua puluh delapan, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori dari Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dapatkanlah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Akan tetapi malam Lailatul Qadar sendiri jatuh pada malam ke sembilan, tujuh dan lima Ramadhan (bilangan ganjil).

Dari riwayat hadis yang berbeda lahirlah pendapat para ulama yang beragam (tidak kurang dari empat puluh pendapat). Malam Lailatul Qadar mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali setelah berlalunya malam tersebut. Salah satu ciri atau keistimewaan tersebut adalah; terbitnya matahari seperti biasa akan tetapi memancarkan cahaya redup (tidak bersinar terang seperti biasa), berdasarkan sebuah hadis: dari Zur Bin Hubaisy, ia berkata: “Aku mendengar Ubay Bin Ka’ab berkata: “Barang siapa yang bangun di tengah malam selama satu tahun ia akan mendapatkan Lailatul Qadar” Ayahku berkata: “Demi Allah tidak ada Tuhan selain dia, malam itu terdapat di bulan Ramadhan, demi Tuhan aku mengetahuinya, tapi malam manakah itu? Malam dimana Rasulullah memerintahkan kita untuk bangun untuk beribadah. Malam tersebut adalah malam ke dua puluh tujuh, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih tidak bercahaya seperti biasanya”.

Diriwayatkan dari Ibnu Khuzaimah dari hadis Ibnu Abbas: “Ketika Lailatul Qadar pergi meninggalkan, bumi tidak terasa dingin, tidak juga panas, dan matahari terlihat berwarna merah pudar” dan dari Hadits Ahmad: “Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi, dan rembulan bersinar” Dari hadis kedua kita dapat menyimpulkan bahwa ciri-ciri tersebut hanya ada pada waktu malam hari.

Malam Lailatul Qadar bukanlah malam yang penuh dengan bintang yang bersinar (sebagaimana diperkirakan orang) akan tetapi Lailatul Qadar adalah malam yang mempunyai tempat khusus di sisi Allah. Dimana setiap Muslim dianjurkan untuk mengisi malam tersebut dengan ibadah dan mendekatkan diri padanya.

Imam Thabari mengatakan: “Tersembunyinya malam Lailatul Qadar sebagai bukti kebohongan orang yang mengatakan bahwa pada malam itu akan datang ke dalam penglihatan kita sesuatu yang tidak akan pernah kita lihat pada malam-malam yang lain sepanjang Tahun, sehingga tidak semua orang yang beribadah sepanjang tahunnya mendapat Lailatul Qadar” Sedangkan Ibnu Munir mengatakan bahwa tidak sepantasnya kita menghukumi setiap orang dengan bohong, karena semua ciri-ciri tersebut bisa dialami oleh sebagian golongan umat, selayaknya karamah yang Allah berikan untuk sebagian hambanya, karena Nabi sendiri tidak pernah membatasi ciri-ciri yang ada, juga tidak pernah menafikan adanya karamah.

Ia meneruskan: Lailatul Qadar tidak selamanya harus diiringi keajaiban atau kejadian-kejadian aneh, karena Allah lebih mulia kedudukannya untuk membuktikan dan memberikan segala sesuatu sesuai dengan kehendaknya. Sehingga ada yang mendapatkan malam Lailatul Qadar hanya dengan beribadah tanpa melihat adanya keanehan, dan ada sebagian lain yang melihat keanehan tanpa di sertai ibadah, maka penyertaan ibadah tanpa disertai keanehan kedudukannya akan lebih utama di sisi Tuhan.

Ada sebagian pendapat yang mengatakan bahwa salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar adalah melihat segala sesuatu yang ada di bumi ini tertunduk dan sujud ke hadirat-Nya. Sebagian lain mengatakan pada malam itu dunia terang benderang, dimana kita dapat melihat cahaya dimana-mana sampai ke tempat-tempat yang biasanya gelap. Ada juga yang mengatakan orang yang mendapatkan malam Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan khutbahnya malaikat, bahkan ada yang mengatakan bahwa salah satu ciri tersebut adalah dikabulkannya do’a orang yang telah diberikannya taufik.

(Disunting dari al-Shiyâm fî ‘l-Islam, karya Dr. Ahmad Umar Hasyim. Penyunting dan alih bahasa: Yessi Afdiani NA.)
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Hikmah Zakat Fitrah , di antaranya ialah :

1. Membersihkan jiwa dan menyempurnakan pahalanya orang yang telah berpuasa Ramadhan. Dengan berzakat fitrah, nilai ibadah puasa Ramadhan yang barangkali berkurang karena hal-hal yang kurang baik yang dilakukan seorang muslim,menjadi sempurna. Sebagaimana sujud sahwi yang menyempurnakan kekurangan dalam sholat.

Dalam riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah disebutkan :
"Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan bagi yang puasa daripada sia-sia dan kekotoran mulut dan sebagai makanan bagi orang miskin. Barang siapa mengeluarkan zakat sebelum sholat, maka (termasuk) zakat yang diterima. Dan barang siapa mengeluarkan zakat setelah sholat, maka (termasuk) sadaqah dari beberapa sadaqah".

Dalam riwayat lain disebutkan :
"Puasa Ramadhan itu digantungkan diantara langit dan bumi, tidak diangkat puasa tersebut kecuali dengan zakat fitrah" (HR. Abu Hafs bin Syahin)

Dalam I'anah At-Tholibin dijelaskan, maksud dari ‘(tidak diangkat)’ adalah sebagai kinayah dari sempurnanya puasa (Ramadhan) itu tergantung dari orang yang berpuasa, apakah mengeluarkan zakat fitrah atau tidak. Bukan berarti,tanpa zakat fitrah berarti puasa tidak diterima.

2. Membahagiakan orang-orang fakir. Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):
"Kayakanlah mereka (orang-orang faqir) dari kehinaan meminta-minta dihari ini"
(HR. Daruquthni dan Baihaqi)


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Syarat Zakat Fitrah
1) Islam
2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
30 Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah
Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal

Kadar Zakat Fitrah 2009

Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM5, RM7 dan RM8
Johor - RM5 dan RM7.50
Sabah - RM6.60
Negeri Sembilan - RM 6.50
Melaka - RM6.30
Sarawak dan Perlis - RM6
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198).

Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258).

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud,
1) kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan;
2) bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia.

Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira’. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.

Jika diberi erti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid.

Dan penjelasan tersebut menunjukkan bahawa malam itu adalah malam yang istimewa berbanding dari segala malam kerana turun wahyu yang membawa lembaran baru (Hamka, J. 10, hlm. 8068).

Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan.

Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209).
Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali.
Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071).

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu ialah memperingati dan memuliakan malam al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.

Kesimpulannya ialah apabila menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadat bertujuan untuk membesarkan syiar Allah dan menambah taqwa dalam diri.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan.

Dalam kitab Fath al-Bari menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Authar nya.

Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.

Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istimbath daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud;

‘dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan’

`Hari bertemu dua golongan’ ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan’ ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 ad-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.

Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.

Dalam tafsir Ruh al-Maani ada dinyatakan setengah ulama al-Shafie berpendapat ada beberapa malam yang istimewa iaitu malam yang paling afdal ialah malam kelahiran-kelahiran nabi Muhammas s.a.w. Kemudian diikuti dengan malam Lailatul Qadar kemudian malam Isra’ dan Mi’raj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).

Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh’ ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada `Rahmat, dari Allah.

Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi yang sebok dengan urusan Allah s.w.t untuk mengucap `salam’ kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada yang turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka adalah dari nur atau cahaya maka tidaklah timbul masalah kesesakan. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi rumah orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya’ berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya’.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.
SRAR/SMA AT TA'ALIM
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

Doa Paling Afdal di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.
SRAR/SMA AT TA'ALIM



Kami dari warga Sekolah mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat.
SRAR/SMA AT TA'ALIM


اللُّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ

Maksud : Ya Allah aku memohon perlindungan denganMu daripada ditimpa malapetaka yang teruk, dirundung malang, ketentuan yang buruk dan celaan para musuh. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim )


Begitu indah susunan perkataan Nabi saw ini. Doa ma'thur ini amat sesuai sekiranya kita amalkan setiap masa memandangkan kita sentiasa berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan sama ada musibah dalam kerjaya, keluarga, harta dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kita dirundung kesedihan. Doa ini akan menjadi benteng dan pemangkin kepada jiwa kita agar tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Di sini dinyatakan beberapa huraian para ulama berkaitan lafaz doa tersebut.


جهد البلاء ( malapetaka yang teruk ) :

Setiap perkara yang berat dan membebankan seseorang iaitu musibah yang tidak mampu ditanggung atau untuk mengatasinya. Saidina Umar ra pernah ditanya mengenai ‘ jahd al-bala’ dia menjawab: ia bermaksud kekurangan harta dan papa kedana.

درك الشقاء ( dirundung malang ) :

Syaqa’ lawan bagi ‘sa’aadah’ iaitu kebahagiaan yang membawa kepada amal soleh. Oleh itu syaqa’ boleh membawa kepada amal yang jahat. Doa ini merangkumi perlindungan agar kita tidak terjebak melakukan amalan yang boleh mencelakakan kita.

سوء القضاء ( ketentuan yang buruk ) :

Umum merangkumi jiwa, harta, keluarga, kesudahan hidup, dan alam akhirat. Ia juga merangkumi dua makna : menghukum dengan cara yang tidak adil atau Allah menentukan ketentuan yang buruk. Manusia boleh jadi akan menghukum sesuatu perkara mengikut hawa nafsu dan tidak berhati-hati semasa menjatuhkan hukuman.


شماتة الاعداء( celaan para musuh ) :

pihak musuh bergembira dengan musibah yang menimpa diri kita.

Oleh yang demikian Rasulullah saw menyuruh kita agar sentiasa memohon perlindungan daripada empat perkara yang membebankan ini dan kita sepatutnya mencontohi amalan mulia junjungan kita ini.


Rujukan :
Fath al-Bariy Ibn Hajar
Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari
Syarah Riyad al-Solihin Ibn Uthaimin

SRAR/SMA AT TA'ALIM



Kelab kebajikan dan Rekreasi telah ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk menambahkan lagi aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kelab ini telah diamanahkan kepada Ust Syahrizal dan Ustz Roslina sebagai guru pembimbing di bawah Pn Guru Besar Pn Sepiah bt Shahrom sebagai penasihat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang januari 2009 hingga ogos 2009 adalah





Perkhemahan Jati Diri 2009
Bertempat di Kem Lata Perangin, Manong Perak
Pada bulan April 2009


Mendaki bukit Engku Busu

Tempat di Bukit Engku Busu Lumut

Pada bulan Mac 2009



Ziarah ke rumah Anak Yatim

Rumah Anak-anak Yatim Ummu Sopiah

Sg Nyiur, Pantai Remis Perak

Pada Mei 2009


Kelab Kebajikan berjaya mengumpul barangan dan kewangna untuk disalurkan kepada rumah anak yatim tersebut bernilai lebih RM 2000.00.

dan yang terbaru, pihak kelab telah mengadakan XPDC menjelajah gua tempurung. Penjelajahan di dalam gua memakan masa hampir 3 jam. Gambar tidak dapat dilampirkan kerna di dalam gua tidak membawa kamera takut masuk air....

hingga berjumpa lg..