Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri.
Menziarahi kubur
Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal tetapi akan menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persiapan menjelang kemtian. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.
Persiapan menyambut Raya
Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan dan kemenangan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri.
Rasulullah (saw) bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".
Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain.
Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.
Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga tiada sebab umat Islam perlu berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Firman Allah bermaksud:
"Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)
Persiapan menjelang 1 Syawal
Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir – memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa.
Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang.Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solah taubat dan solat witir.
Persiapan pagi Raya
Pada pagi 1 Syawal, disunatkan mandi sunat Aidilfitri, menjamah juadah sebelum pergi ke masjid atau surau, sebagai merasmikan akhir berpuasa. Kenakanlah pakaian serba bersih dan bagi yang lelaki, pakailah sedikit harum-haruman.
Disunatkan juga bagi wanita-wanita dan kanak-kanak untuk ke masjid atau surau beramai-ramai, untuk menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam. Para gadis dan wanita keluarlah ke masjid atau surau dengan tidak bersolek, berwangi-wangian atau berhias-hiasan yang keterlaluan. Memadai pakaian yang bersih dan menutup aurat.
Diriwayatkan dari Ummu Atiah bahawa Rasulullah (saw) membawa keluar anak-anak gadis, dewasa dan orang-orang yang tua dan perempuan-perempuan yang uzur pada solat hari raya. Perempuan-perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika tiada tudung, lalu jawab Rasulullah, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.”
Tempoh akhir membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan, kerana selepas solat Aidilfitri adalah waktu makruh menunaikan zakat fitrah, dan ia dikira sebagai sedekah biasa sahaja, sepertimana hadis Rasulullah:
"Rasulullah (saw) telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan sebagai membersihkan ibadat orang yang berpuasa daripada perkataan-perkataan yang sia-sia dan kotor, dan untuk memberi makan golongan miskin. Barangsiapa menunaikannya sebelum solat (sunat Aidilfitri)), maka ia sebagai zakat yang diterima, tetapi sesiapa yang menunaikannya sesudah didirikan solat Hari Raya, maka ia merupakan sedekah". – (Riwayat Abu Daud)
Bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka
Acara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim.
Firman Allah bermaksud:
"Takutilah Allah yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.” – (Surah An-Nisa': 1)
Ziarahilah ibubapa di pagi Aidilfitri. Pohonlah keampunan dan ucapkan doa-doa kepada mereka. Jika ada yang telah memutus atau merenggangkan hubungan dengan ibubapa, bertaubatlah dan kembalilah kepada mereka. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa.
Isteri hendaklah memohon ampun kepada suami, suami kepada isteri, anak-anak kepada ibubapa. Tidak kurang pentingnya merapatkan hubungan antara adik-beradik dan saudara mara, bukan sahaja yang muda menghormati yang tua tetapi juga yang tua mesti menghormati yang muda.
Seterusnya mesrakan hubungan dengan sahabat handai, rakan sekerja, jiran-tetangga dan seterusnya masyarakat setempat dan pemimpin. Adakan atau kunjungilah rumah terbuka untuk menikmati anugerah rezeki, beramah mesra dan mempereratkan hubungan serta persefahaman. Saling hormat-menghormati dan bermaaf-maafan membentuk keharmonian dan menjauhkan perasaan-perasaan tidak baik di antara sesama manusia.
Menjaga tatatertib dan batasan pergaulan
Dalam pada kunjung-mengunjung dan bersalam-salaman, sentiasalah menjaga batas-batas pergaulan, pandangan dan percakapan.
Menyambut Aidilfitri dengan keraian yang melampaui batasan bukan budaya Islam mahupun budaya timur. Pergaulan bebas, berhibur berlebihan, percampuaran bebas lelaki dan wanita dan pesta maksiat bukan sesuatu yang disuruh malah sangat ditegah dalam Islam. Begitu juga menjamu selera hingga membazir dan mendatangkan mudarat, berseronok atau bermalas-malasan, tentunya tidak disukai agama. Islam membenarkan hiburan, tetapi hiburan yang sederhana.
Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir.
Tempoh berhari Raya
Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan. Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.
Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud:
“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”
Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.
Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan direstui Allah, dan tidak tercemar oleh keghairahan kita menyambut Syawal.

Catat Ulasan