Assalamu’alaikum warahmatul’Lahiwabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w beserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya radiallah hu anhum.
Pertamanya, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t, dengan izinnya kita dapat merayakan ulang tahun ke 10 penubuhan Sekolah Rendah Islam (SERI) At Ta’alim dan kali ke 5 Sekolah Menengah Islam (SEMI) At Ta’alim dengan penuh keazaman mengharungi segala fitnah dan mehnah serta harapan yang menggunung tinggi untuk mencapai cita-cita meletakkan SERI dan SEMI at Ta’alim sejajar dengan arus pendidikan perdana.
Sesungguhnya mengendali dan mengurus sebuah sekolah rendah dan menengah swasta Islami ditengah kekalutan persaingan dan kekangan memang tidak mudah, namun demi iltizam dan kesetiaan terhadap idealisma pendidikan Islam dan pemerkasaan jamaah, maka ia mesti dilakukan meski pun terpaksa menentang arus, menyanggah ribut dan melawan badai. Kehadiran SERI dan SEMI di kawasan Lumut sebenarnya amat bererti sekali pada saat dunia pendidikan dilanda krisis berat setelah menjadi korban politisasi penguasa dan komersialisasi pendukungnya. Kini, dimana-mana orang mulai menyuarakan keprihatinan bahawa institusi pendidikan formal peringkat rendah dan menengah tidak lagi dapat menyembunyikan kelumpuhan dinamikanya sebagai institusi pemerkasaan dan pencerdasan generasi muda. Warga yang dilahirkan oleh institusi tersebut semakin tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada krisis sosial yang melanda dan semakin hilang jati diri sebagai muslim sejati.
10 tahun usia SERI / SEMI bermakna sepuluh tahun komitmen kita dengan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan warga yang berilmu, beriman dan beramal. Kini sudah ada bekas-bekas anak didik SERI / SEMI yang sedang menuntut ilmu di merata institusi pendidikan menengah perdana dan swasta termasuklah di IPTA, IPTS dalam dan luar negara. Selain itu, kejayaan kita memiliki rumah kedai 11 di Bandar Baru Seri Manjung melalui kaedah pinjaman bank bolehlah di anggap sebagai mercu tanda komitmen jamaah PAS dengan sistem pendidikan Islam. Kita juga sedang merancang dan mencari dana untuk membangunkan kompleks pendidikan Islam sebagai pelengkap kepada bangunan rumah kedai yang kita miliki ini di atas tanah yang telah diwakafkan atas nama pendidikan kepada PAS kawasan Lumut di Teluk Rubiah.
Sesungguhnya kejayaan yang kita kecapi ini bukanlah merupakan sesuatu usaha yang mudah dicapai tetapi berbekalkan rasa amanah dan ikhlas yang mendalam, kesungguhan dan keyakinan penggerak bermula dari Ahli Lembaga Pengarah, Guru-Guru serta ibu bapa, kemudian disokong penuh oleh ahli jamaah, para pencinta pendidikan Islam dan para dermawan adalah merupakan elemen penting sehingga kita mampu sampai ke tahap ini. Hanya kepada Allah sahaja yang layak untuk membalas jasa-jasa mereka.
Akhirnya, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk menjayakan Sambutan 10 Tahun SERI/SEMI At Ta’alim dan di doakan semoga Allah mengiranya sebagai suatu amal sholih yang berkekalan hendaknya. Siru ‘Ala Barakatil’Lah.
HJ NOH AHMAD

Catat Ulasan